Resepi bekal sekeluarga yang mudah. Korean Garlic Bread cara Malaysia!

Sebelum subuh dah masuk dapur, hari ini kita buat Korean Garlic Bread cara orang nak cepat. Bau garlic ni memang menusuk kalbu. Maafkan saya, jiran-jiran. Mengganggu lena kalian dengan aroma masakan ni. Cara-cara buat, ada di setiap gambar. Resepi ni boleh sesuaikan ikut rasa masing-masing. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Haya Yahya. Selamat mencuba.

Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti. 

  • Cream cheese – 150gm (saya pakai jenama tatura).
  • Susu sejat – 3 camca
  • Susu pekat manis – 2 camca

Campur semuanya, kacau sampai rata.

Adunan Butter untuk celup roti.

  • Butter – 100 gm.
  • Garlic – 5 ulas (cincang halus).
  • Telur – 1 biji.
  • Madu – 2 camca.
  • Daur parsley yg kering – sikit (takde pun boleh).
Baca juga :  Cara mudah dan lengkap untuk membuat Doh Roti Canai. Pasti menjadi punya!

Panaskan butter dgn api perlahan, dah cair masukkan garlic tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.

Letakkan adunan cream cheese di atas roti.

Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.

Dah siap tekan dengan garpu sekelilingnya.

Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.

Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing2.

Dah siap. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.