Ada penggemar Singgang Budu Daging dan Tulang. Rasanya memang sedap dan terbaik punya!

Alhamdulillah, dapat merasa daging korban hadiah dari jiran buat makan tengahari. Jom kita cuba cara untuk membuat Singgang Budu Daging dan Tulang. Kesedapan dia memang terbaik boss! Resepi ini adalah kepunyaan Ummi Azilla. Terima kasih.

Bahan-bahannya:

  • 500gm daging Segar + tulang dihiris nipis, dicuci bersih Dan ditoskan.
  • 4 keping hirisan halia dihiris halus.
  • 1 sudu ketumbar ditumbuk halus/serbuk ketumbar.
  • 2 tangkai cili kering digunting.
  • 1 biji bawang besar merah dimayang.
  • 1 keping asam gelugor.
  • 2 Sudu makan budu.
  • Garam secukup rasa.
  • Gula perang/ nissan secukup rasa.
  • Maggie cukup rasa secukupnya.
  • Air secukupnya.
  • Daun ketumbar.
Baca juga :  Resepi Singgang Daging Original Kelantan. Menu yang pasti laku dan habis dulu ni nanti.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan semua ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga mendidih dan daging empuk.
  3. Angkat, sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan daun ketumbar.

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.