Cara untuk membuat Roti Arab. Mudah dan enak dicicah bersama rendang. Memang padu!

Cara untuk membuat Roti Arab. Mudah dan enak dicicah bersama rendang. Memang padu! Musim RMO Covid-19 , memang susah nak cari roti. Kita cuba resepi roti yang paling ringkas . Terima kasih atas resepinya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Alyasheed’s Kitchen. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg Tepung High Protein / Tepung roti.
  • 11g Instant yeast (1 pek kecil).
  • 10g garam halus.
  • 80g butter / margerin.
  • 90g gula pasir.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil bread improver.
  • 30g susu tepung.
  • 450 ml air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Goreng Sayur yang sedap. Sesuai untuk sarapan dan minum petang anda.

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan di dalam mixer. Pastikan yeast tidak bersentuhan dengan garam ya. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga tepung membentuk doh. Uli hingga elastik.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
  4. Bulatkan. Biar doh rehat 5-10 minit. Canaikan bulat.
  5. Letakkan dalam dulang pembakar. Biar naik dalam 30 minit.
  6. Panaskan oven. Spray permukaaan doh dengan air. Terus bakar pada suhu 160°c -170°c selama 15 minit.
  7. Keluarkan dari oven dan sapu sedikit butter pada roti.
Baca juga :  Cara untuk membuat Rendang Daging Asli Masyarakat Padang yang memang terangkat kesedapnya.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.