Cendawan Enoki masak butter yang sedap lain macam perginya!

Cendawan Enoki masak butter yang sedap lain macam perginya! Makan tengah malam, esok hang lari 1000m belum tentu terbakar lemak dia. Hehe resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Asyikin Safii. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Cendawan Enoki 4 – 5 pack.
  • Butter dalam 100g. Hampir setengah (suggestion salted scs/anchor/buttercup).
  • Chili flakes.
  • Bawang putih 3 ulas cincang.
  • Lemon.
  • Air secukupnya.
  • Garam @ kiub ayam @stok ayam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan butter 50g. Kemudian, masukkan bawang putih cincang dan masak sampai masak la bawang tu.
  2. Masukkan cendawan enoki. Enoki jangan dicarik halus, biar berketul-ketul sikit. Enak.
  3. Bila dah kacau-kacau, masukkan air sikit ikut korang nak berkuah atau tak. Sebaiknya sikit. Yang saya buat ni banyak air sebab tak nak pekat kuahnya.
  4. Masukkan lebihan butter lagi 50g tadi. Bila butter dah cair butter masukkan stok ayam.
  5. Kacau-kacau sebati dan hidang. Masa dah hidang baru tabur chili flakes ya. Syahdu!
Baca juga :  Jom cuba makanan korea yang sedap ini. Soondubu Jigae ataupun Tofu Beef Stew.

*Nak elak muak tu picit la lemon sikit. Sedap korang. Cuba la. AMARAN keras untuk yang tak makan butter. Sebab kuat juga rasa butter tu. Anda ejas la rasa sendiri butter. Saya guna 5 pack enoki kot. Guna la hampir separuh butter. Saya lebihkan air sebab tak mau rasa berminyak kat tekak tu. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.