Resepi untuk membuat Bamboloni yang lembut dan gebu. Tengok gambar pun dah tau kan. Cubalah! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norah Anizah. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1/2 cawan susu segar (suam-suam kuku).
- 2 sudu besar gula.
- 1 sudu besar yis.
- 2 cawan tepung gandum.
- 1/2 sudu kecil garam.
- 1 sudu kecil esen vanila.
- 1 biji telur ayam.
- 2 sudu besar mentega (sejuk).
Cara-cara untuk membuatnya:
- Kacau gula dan yis di dalam susu segar dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih, lebih kurang 15-20 minit.
- Campurkan tepung dengan garam, esen vanila dan telur, pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
- Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung, pukul atau uli sehingga sebati.
- Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
- Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
- Setelah kembang, leperkan adunan lebih kurang 1 cm dan tekap bulat.
- Biarkan doh kembang seketika.
- Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing, minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.
- Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing, jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
- Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
- Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula castor dan cinnamon, kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu, siap.