Cara untuk Membuat Bihun Goreng Singapura. Menu Sarapan yang mudah sediakan.

Hari-hari kena pikir menu untuk buat bekalan anak-anak sekolah. Ok la kan, boleh jadi breakfast untuk Mama jugak. Kalo tak kadang tu makan roti je. Hari ni Mama bekalkan bihun goreng singapore simple semudah ABC jer. Cepat, senang dan yang pastinya memikat selera.

Mama Ina share resipi. Kalau nak goreng pagi, malam tu sesiap dah bahan, baru tak kalut. Nak goreng tu kejap jer, tak sampai 15 minit. Resei ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Hazlina Othman. Terima kasih.

Bahan – bahan yang diperlukan adalah:

  • Bihun direndam lembut.
  • 2-3 ulas bawang merah*.
  • 2-3 ulas bawang putih*.
  • 1 sudu kecil lada hitam*.
  • 1 sudu kecik lada putih*.
  • 2 sudu makan udang kering*.

Nota: Kisar @ tumbuk kasar kesemua bahan bertanda*.

  • Sos tiram sedikit.
  • Sos blackpaper sedikit.
  • Udang kecil/ sotong/ isi ayam.
  • Seikat kucai dipotong (optional).
  • Lobak sebatang dihiris halus @ diparut.
  • Kobis sedikit.
  • Daun ketumbar untuk tabur selepas masak.
  • Cili merah untuk hiasan.
  • Telur dipotong nipis untuk hiasan.
Baca juga :  Cara membuat Ayam Goreng Berempah Mamak Style

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar @ tumbuk sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan isi udang / sotong / ayam.
  3. Masukkan sos tiram & sos blackpaper.
  4. Kalau rasa kurang pedas, boleh tambah serbuk lada hitam & lada putih.
  5. Kalau rasa tawar, masukkan garam sedikit.
  6. Masukkan kobis & carrot ( boleh juga masuk selepas masukkan bihun)
  7. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  8. Goreng hingga bihun sebati dengan rencah.
  9. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, potongan cili merah dan telur sebagai hiasan.
  10. Dah Siap dan sedia untuk dimakan! Buat cili potong kicap sikit kan! Perghh!! Terangkat!!

Baca juga :  Kali ni anda mesti cuba resepi Bihun Goreng Limau Purut ni. Rasanya yang sedap seakan tom yam gitu!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.