Cara untuk membuat Tauhu Sumbat Ayam yang sangat sesuai sebagai juadah sampingan untuk berbuka anda.

Patot lah mahal tauhu sumbat ni ye sebab renyah nak membuat nye. Tapi buat sendiri lagi puas hati taw. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rara Zabidin. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 bungkus ayam kisar.
  • 1 biji bawang besar (tumbuk).
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk).
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah.
  • Daun sup dan daun bawang (agak-agak).
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 2 biji telur.
  • Minyak utk goreng.
  • 5 biji tauhu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula goreng dulu tauhu seketul-ketul. Selepas goreng tunggu sejuk dan potong 2 bahagian, kemudian keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit yang belah luar terkoyak, so kene la berlemah-lembut sikit ye. Isi tauhu tu dihancur-hancurkan.
  2. Untuk inti tauhu. Tumis bawang merah dan putih sampai naik bau. Masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak.
  3. Kemudian masukkan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Nak tambah carrot dan jagung pun boleh. Taburkan sebuk lada hitam dan putih. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukan daun sup dan daun bawang. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.
  5. Setelah itu, tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sekali lagi.
  6. Dah siap. Kalau nak berseri tabur la sikit cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng atas tu. Nampak la berhias gitu. Boleh dimakan dengan sambal kicap.
Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Membuat Ayam Goreng Kunyit yang sedap!

Cara untuk membuat Sambal kicap mabeles:

Goreng sekejap cili padi merah dan hijau, bawang merah, bawang putih sampai layu. Kemudian blender bersama kicap manis, kicap pekat, garam, gula, perasa dan sikit perahan limau kasturi. Kuantiti agak-agak lah ye. Sambal ni boleh simpan lama dalam peti.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.