Resepi Ayam Masak Santan Berlada. Sedar-sedar dah habis nasi sepinggan!

Resepi ni kalau korang nak buat sebagai menu cicah ketupat, lemang pun boleh sangat. Yang membezakan dengan rendang biasa tu, penggunaan cabai jer dan tambahan bahan-bahan lain untuk penyedap rasa. Nak cepat, korang buat jer resepi ni. Cuba tau! Senang jer. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hasaan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam yang telah siap digoreng.
  • Cabai besar 3 biji (kisar).
  • Bawang merah 6 biji (kisar) dan Bawang putih seulas (kisar).
  • Tomato sebiji (kisar).
  • Sedikit lada hitam (kisar).
  • Serai 1 batang (diketuk).
  • Bawang merah 3 bijik (dihiris) dan Bawang putih 2 ulas (dihiris).
  • Santan kotak dalam setengah kotak.
  • Serbuk kari 2 sudu.
Baca juga :  Senang je nak buat Kek Pandan Kelapa Burnt Cheescake ni. Sedap dia memang tak boleh bawa bincang!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Guna minyak goreng ayam tadi, tumis serai dulu biar sedikit garing kemudian masukkan bawang yang dihiris. Masak sampai garing.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan masak sebentar sampai mendidih.
  3. Masukkan serbuk kari, garam dan gula. Masukkan santan dan biar sekejap bahan-bahan tu mesra.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak sampai pecah minyak. Siap!

Simple kan? Selamat mencuba ya semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.