Resepi Terung Goreng Berlada. Makan bersama nasi panas memang laju je habis menu ni!

Ada tak peminat terung goreng berlada ni? Makan dengan nasi panas-panas confirm menambahkan. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Janna Hanie ni. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 biji terung saiz sederhana digoreng.
  • *10 biji cili padi hijau.
  • *5 biji cili besar campur hijau merah.
  • *bawang putih 5 ulas.
  • *bawang holland/besar separuh.
  • Garam gula secukup rasa.
  • Sos tiram 1 sudu.

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar kasar/tumbuk semua bahan yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak. tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing.
  3. Masukkan sos tiram 1 sudu, garam, gula secukup rasa.
  4. Masukkan terung yang dah digoreng tadi. Kacau rata. Tutup api.
Baca juga :  Resepi Kuah Kacang mudah. Sangat sesuai untuk dimakan bersama mee rojak, nasi himpit dan sate.

Siap dihidang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.