Cara memasak Udang Masak Masam Manis

Haiiii semua. Lamanya saya tak masak udang sweet sour ni. Tiba-tiba tekak ni teringin la pulak. Orang kata kalau teringin jangan ditahan tahan, nanti siang malam duk terbayang. Mandi udang, tidur udang. Haaa gitu.

Jadi marilah kita masak udang masam manis. Okay jom tengok resepi di bawah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nik Azidah. Terima kasih.

BAHAN-BAHAN A:

  • 500 gm udang (dibersihkan).
  • 1 labu bawang besar dihiris.
  • 1 biji tomato (dipotong 6).
  • 6 sudu makan sos cili.
  • 6 sudu makan sos tomato.
  • 1 sudu teh gula.
  • 1 cawan air.
  • Garam secukup rasa.
Baca juga :  Resepi Stok Pes Ikan Bakar Segera

BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS):

  • 4 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 biji cili merah/hijau.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
  2. Masukkan udang dan goreng sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam, air, tomato, dan bawang besar. Kemudian kacau seketika sehingga rata.
  4. Kalau nak pekatkan kuah boleh biarkan sekejap di atas dapur. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Okay siap. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.