Hari ini kakak nak kongsikan kepada anda semua resipi Ayam Meraung. Berinspirasikan Daging Bakar Ala Thai. Tetapi kali ini kakak akan gunakan ayam atas permintaan orang-orang dalam rumah ni. Ayam di potong 4, kakak guna bahagian peha dan betis sahaja dan buang tulang.
Bahan Perapan Ayam (Perlu diperap sekurang-kurangnya 3 jam):
- Ayam.
- Akar ketumbar.
- Bawang putih.
- Gula perang.
- Sos ikan.
- Kicap pekat.
- Lada sulah/hitam.
- Minyak.
- Kisar semua bahan diatas kemudian lumurkan bahan kisar tadi pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
- Kakak perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
- Untuk memasak, panaskan non stick pan dab letak sedikit minyak kemudian bakar dengan menggunakan api yang kecil.
Bahan untuk membuat Sos Pencicah:
- Sos ikan, Air asam jawa dan sedikit perahan limau nipis.
- Gula kabung.
- Serbuk cili kasar.
- Sedikit beras yang telah digoreng.
- Daun ketumbar , akar ketumbar, cili padi, bawang merah, bawang putih (semua bahan ini perlu dicincang).
- Bancuh semua bahan, perasakan dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.