Nak jadikan Apam Susu anda lembut dan gebu. Ini rahsianya!

Kali ini kami kongsikan pula Resepi Apam Susu yang mudah untuk dibuat. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah, jadi terus buka peti sejuk dan keluarkan bahan-bahan yang ada. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 4 bji telur. Mesti dalam suhu bilik ya. Yang sejuk tak boleh guna.
  • 1 sudu kecil asen vanilla.
  • 1 sudu besar ovalette. Mesti suhu bilik juga.
  • 3 sudu susu pekat manis. Mesti suhu bilik juga.
  • 1 cawan gula halus.

Kesemua bahan-bahan di atas perlula dicampur dan diputarkan sehingga kembang. Bagi yang tiada Mixer boleh guna Blender ya.

Bahan-bahan B yang diperlukan pula adalah seperti berikut:

  • Tepung gandum 2 cawan

Cara-cara penyediaannya:

  • Dah siap kisar semua bahan-bahan A di atas tu, masukkan pula 2 cawan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.
  • Kemudian asingkan dalam 3 ke 4 bekas untuk diletakkan warna yang berbeza-beza. Jangan lupa sapu acuan dengan planta terlebih dahulu ya untuk senang nak keluarkan dari acuan nanti.
  • Selepas tu, boleh la kukus selama 30 minit dengan api yang kuat dan pastikan air mendidih terlebih dahulu barulah dimasukkan bahan tadi.
Baca juga :  Resepi Pecal Ikan Kembung yang sangat enak. Kesedapan kuahnya pasti memukau selera anda!

Tips tambahan.

  • Untuk elakkan apam bantat, pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain terlebih dahulu. Sebab kalau air menitik keatas apam yang sedang dikukus, apam akan jadi bantat dan permukaanya tidak akan cantik.
  • Pastikan mixer atau blend selama yang mungkin ya. Dalam 15 ke 20 minit pun dah ok. Sebab apam susu ni lagi lama kita putar, lagi gebu jadinya.

*Resepi asal ini dikongsikan semula oleh Puan Eyza Liza melalui Facebooknya namum link asal tidak ditemui, Artikel ini juga telah disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Baca juga :  Jom cuba buat sendiri Apam Gula Hangus. Cicah dengan Teh O panas memang terbaik!

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.