Cara untuk membuat Apam Bakar Kelantan Kelapa. Sarapan anda pasti lengkap dengan menu ini.

Cara untuk membuat Apam Bakar Kelantan. Sarapan anda pasti lengkap dengan menu ini. Anda semua pernah makan tak? Terima kasih diucapkan kepada tuan empunya resepi ini iaitu Puan Zaimah Zakaria.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 300 gm tpg beras.
  • 130 gm gula pasir.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 kotak kecil santan atau 200 ml.
  • 2 sudu kecil yis.
  • 4 @ 5 biji pisang mas/berangan .
  • 4 ketul tapai ubi.
  • 1 sudu kecil lada hitam*.
  • 1 inci lengkuas* .
  • 1 inci halia*.
  • 2 biji bawang merah kecil*.
  • 200 ml air*.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *. Kemudian tapiskan dan ambil airnya sahaja. Sukat untuk dapakan semula 200ml tau.
  2. Lenyekkan pisang, tapai ubi dengan garam dan gula sampai hancur. Kemudian, masukkan tepung beras dan santan. Yis tu boleh bancuh dengan air yang ditapis tadi.
  3. Masukkan ke dalam adunan dan kacau sampai semuanya sebati. Perapkan adunan tadi selama 2 jam.
  4. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak dan tuang 2 senduk adunan ke dalam kuali. Bila bawah dah masak, balikkan sebelah atas pula.
  5. Makan dengan kelapa parut yang dah di gaul dengan secubit garam.
  6. Siap dan sedia untuk dijamah bersama keluarga tersayang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Percik Kelantan dengan kuah percik yang padu dan menyelerakan.

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.