Apam Mekar warna-warni ini bakal melengkapkan kudapan anda sekeluarga!


2 hari tak buat kuih sebab malas menguasai diri. Anak-anak pakat duk tanya mama tak ade kuih ke? Mama tak buat kuih ke? Hari ni mama buat la kuih yang senang dan simple je untuk anak-anak, boleh la makan-makan sambil tgk tv.

Terima kasih kepada Puan Noriza Azrol yang berkongsi menu hebat ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji telur gred A*.
  • 1/2 cawan gula*.
  • 1 sudu teh ovalette*.
  • 1 ΒΌ cawan tepung gandum cap ros.
  • 1/2 cawan ice cream soda F&N.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Apam Karamel yang sangat enak, lembut dan terbaik untuk anda cuba.



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda * dan mixerkan sehingga kembang, gebu dan berkilat.
  2. Masukkan ice cream soda selang seli dengan tepung, mixer lagi sehingga sebati.
  3. Asingkan adunan mengikut warna kesukaan yang anda ingin guna dan warnakan.
  4. Isi adunan tadi kedalam cup sehingga penuh kemudian kukuskan dengan api yang kuat selama 6 hingga 7 minit.
  5. Siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.