Cara untuk membuat Kerabu buah Kedondong yang sedap. Kecur air liur dah ni!

RESEPI KERABU KEDONDONG SEDAPPP TAK HENGATTT! Resepi ni mak mertua kami dari Sarawak yang ajar. Mak mertua tukang masak siap ada kedai makan di kanowit. Mertua pulak memang jenis tak kedekut ilmu memasak. Menantu dia ni suka ceduk resepi je.

Kalau kat sini kita panggil kerabu kan. Tapi kat Sarawak dorang tak panggil kerabu pon. Mak mertua panggil ni kedondong pusuk belacan. Pusuk tu maksudnya ikan bilis , belacan tu maksudnya belacan lah. Hahaha.

Bahan-bahan semua senang dapat dan nak buatnya semudah kelip mata je. Bahan dan cara nak buat mekti tulis di setiap gambar hokey. Bahan-bahan kedondong pusuk belacan ni. Tak banyak pun. Ada je kat rumah kan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Dalia Bahrin. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Bahan utama mesti ada kedondong. Kalau nak guna mangga, betik muda pun boleh. Takde derhakannya pun. Ikutlah citarasa korang macam mana. Pastikan kulit kedondon itu dikupas dulu. Dan rendamkan sekejap.
  • Mesti ada ikan bilis. Mertua nya resepi dia guna bilis mentah je. Tapu mekti gorengkan dulu. Baeu cruchy krup krap githu.
  • Mesti ada belacan. Mertua punya resepia dia guna belacan mentah yang sedia ada tu je. Biasalah mekti suke derhakakan resepi tu sikit. Hihi. Mekti gorengkan kejap belacan tu dulu. Goreng guna sedikit saja minyak masak. Agak kekuningan boleh lah angkat.
  • Cili padi wajib ada. Baru umphhh rasanya. Mekti guna 5 tangkai je. Sebab suami tak makan pedas. Tapi kalau pedas lagi perghh perghhh !
  • Bawang besar sebiji diracik racik. Nak guna lebih bawang pun takde salahnya. Lagi menyedapkan rasa.
  • Bawang putih dalam 2-3 ulas je.
  • Secubit garam dan sedikit gula pasir untuk perasa.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk membuat Kobis Gulung yang sedap

Bahan-bahan dah cukup. Ajomm kita tengok cara-cara nak buat kedondong pusuk belacan ni.

  1. kedondong yang telah disagat halus. Bila kita rendam sekejap. Kedondong yang disagat ni lebih rasa ranggup, ranum dan tak bergetah.
  2. Bahan-bahan seperti belacan, cili api, ikan bilis, secubit garam dan gula pasir boleh disatukan dalam lesung batu. Boleh tumbok sampai lumat!
  3. Lepastu masukkan kedondong disagat dalam bekas besar supaya mudah untuk digaul rata.
  4. Masukkan semua bawang besar yang telah dihiris. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbok lumat.
  5. Gaul sehingga bahan-bahan tersebut sekata.
  6. Yang minat masam-masam pedas. Boleh tambahkan perahan limau kasturi dan tambahkan cili api. Aduhhaiii , dok menaip pon dah merecik ailio dalam mulot.
  7. Siap gaul. Boleh terus dihidangkan. Lagi sedap letak dalam peti sejuk kejap sebelom nak makan. Lagi rasa fresh!
Baca juga :  Cara membuat Mee Telur

One thought on “Cara untuk membuat Kerabu buah Kedondong yang sedap. Kecur air liur dah ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.