Cara untuk membuat Apam Serabai yang gebu dicicah bersama Kuah Durian. Padu beb!

Apam serabai cicah kuah durian. Cantik gebu apam serabai ni. Terima kasih sahabat group MAHN kongsikan resepi terbaik ini. Ada yang nak resepi tak. Kalau ada saya kongsikan untuk anda semua rasa kesedapanya. Resepi ini telah dikongsikan semula oleh Puan Samsinar Bustami. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A:

  • 2 sudu besar yis kering.
  • 1 sudu besar gula.
  • Air suam cukup sekadar tenggelamkan yis. Perapkan dalam 10 hingga 15 minit atau sehingga nampak berbuih itu tandanya yis tu elok.

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan nasi.
  • 3 cawan air.
  • Sedikit garam.
  • Kisarkan sehingga halus.

Bahan-bahan C:

  • 4 cawan tepung beras.
  • 1 cawan santan.
  • 3 cawan air suam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan semua bahan untuk hasil yang baik supaya adunan tak berketul gaul guna whisk. Masukkan bahan A dan B ke dalam bahan C dan perapkan selama 2 jam.
  2. Selepas 2 jam adunan dah kembang kacau adunan supaya sebati dan bolehlah masak guna acuan atau guna kuali non stick. Sapukan sedikit minyak atas pan dan tuangkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki. Guna api perlahan dan tutup kuali masa masak. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Sedap Ali Power

Cara untuk membuat Kuah durian:

  • Durian, santan, gula, daun pandan dicampur hingga sebati dan dimasak diaatas api perlahan. Masak sehingga anda puas hati akan rasanya.

Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.