Cara untuk membuat Apam Balik yang sangat gebus gebas pakai non stick pan sahaja!


Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Apam Balik yang sangat gebus gebas. Tengok gambar pun dah tau konfem lembut dan gebu.

Terima kasih kepada Marlyssa Pariss yang berkongsi resepi terbaik ni. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gm tepung gandum.
  • 300 ml air.
  • 4 sudu mkn gula.
  • 1 sudu teh yis.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh bikarbonate of soda.
  • 1 sudu teh esen vanilla.
  • 2 biji telur.
  • Sedikit warna kuning.

Bahan-bahan untuk inti/tabur:

  • Gula.
  • Susu manis.
  • Kacang tanah yang ditumbuk.
  • Jagung jenis krim.
  • Marjerin untuk menyapu permukaan apam balik.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan kering dan sebatikan. Kemudian, masukkan air dan telur.
  2. Gaul hingga sebati. Boleh juga guna mixer ataupun blender. Kemudian, perapkan selama lebih kurang 2 hingga 3 jam atau lebih. Biar diluar saja tanpa menyimpan dipeti sejuk.
  3. Saya mengguna frypan non stick. Menggunakan api sederhana. Tutup frypan dengan tudung periuk supaya apam akan masak dengan cantik dan sekata.
  4. Bila dah masak, sapu dengan marjerin dan tabur dengan bahan-bahan inti.
Baca juga :  Cara untuk membuat Apam Kampung bersama kelapa. Kuih yang mudah dan popular sepanjang masa.

Selamat mencuba. Sharekan kepada yang lain ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.