Kalau dah pekena Teh Tarik Vanilla / Teh Ais Vanilla ni memang tak mandang dah yang lain punya!

Hari ni mak jemah bukan nak share menu makanan, tapi masak air teh tarik kaw-kaw sedapnya. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu. Lupa dah ambil resepi kat mana. Cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat rumah korang. Resepi ini telah dikongsikan kembali oleh Puan Rozana Mamat. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Air 500ml.
  • Teh 4 hingga 5 uncang. Lagi banyak lagi kaw.
  • Susu pekat mengikut selera masing-manis nak manis takat mana.
  • Susu cair setengah tin. Nak lagi lemak boleh je lebih kan.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
Baca juga :  Kalau buat Kerang Pedas Sos Tiram Berempah ni memang buat meratah macam tu je la!

Cara-cara membuatnya:

  1. Didihkan teh uncang sehingga menggelegak.
  2. Kemudian, masukkan susu pekat, susu cair dan esen vanila. Biarkan ianya mendidih seketika.
  3. Seimbangkan rasa mengikut kesukaan dan selera ada. Tutup api dan dah siap! Kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu baru tambah ais ketul untuk menjaga rasanya.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.