Pernah Makan Bihun Sup PaMa? Rupanya ini cara untuk membuatkanya lebih sedap daripada biasa. Resepi ini telah dicuba dan dikongsikan oleh Puan Hayati Saidin. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 keping Bihun pama. Bukan bihun pama yang segera tau.
- 5 ulas bawang putih ditumbuk halus.
- Sekeping dada ayam dipotong kecil.
- Sekeping fish cake dipotong nipis.
- 6 biji fish ball dibelah dua.
- 1 sudu besar lada putih.
- 1/2 kiub pati ayam Maggi.
- 1 sudu teh serbuk Maggi secukup rasa.
- Sedikit Garam.
- Daun sup / daun bawang dipotong nipis.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Panaskan 2 sudu besar minyak kemudian tumiskan bawang putih. Apabila bawang putih dah agak kekuningan masukan ayam, fish ball dan fish cake kemudian kacaukan hingga sebati.
- Masukkan air mengikut kadar kuah yang kita nak. Nak bagi lebih kuah pun tak apa sebab nanti bila kita masukkan bihun akan kembang dan serap air. Nanti kuah kering.
- Bila dah mendidih air tadi, masukkan garam, kiub pati ayam, serbuk maggi secukup rasa dan lada putih. Seimbangkan semua rasa mengikut selera anda.
- Renehkan sup kita dalam 5 minit baru masukkan bihun.
- Masukkan bihun dan kacau rata-rata. Bila bihun dah lembut boleh tutup api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Dah siap bihun sedap kita. Makan dengan cili kicap memang padu.
Selamat mencuba.