Pernah rasa kesedapan Muffin di Texas Chicken? Jom kita cuba buat sendiri Honey Butter Biscuits yang gebu gebas ni!

Salam semua. Pernah rasa kesedapan Muffin di Texas Chicken? Jom kita cuba buat sendiri Honey Butter Biscuits yang gebu gebas ni! Saya dah 3 kali buat menu ni. Alhamdulillah sedap dan menjadi tau. Rangup di luarnya kemudian lembut gebu gebas di dalam. Baunya yang sedap pasti menusuk kalbu anda sekeluarga. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Mazah Dollah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • *2 1/2 cawan tepung self raising.
  • *Gula 40 gm.
  • *Butter lurpak yang sejuk 115 gm.
  • 100 gm fresh milk ditambah 40 gm whipping cream ditambah 1 sudu besar cuka. Campurkan ketiga-tiga bahan ni.

Untuk buat hiasan Glaze:

  • 30 gm Butter yang telah dicairkan.
  • 30 gm Madu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan bertanda (*). Kemudian gaulkan semua bahan sehingga menjadi breadcrumbs.
  2. Masukkan susu yang dah dicampur cuka tadi. Kemudian, uli adunan sehingga menjadi doh yang tak melekat dekat tangan.
  3. Bentukkan doh tadi dengan menggunakan sudu atau scoop aiskrim jika ada atau bentukkan ikut suka.
  4. Letak ada dulang / tray dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
  5. Lepas masak, sapukan cairan butter dan madu. Kemudian masukkan kembali dalam oven dan bakar lagi selama 5 minit menggunakan suhu 190° C guna api atas sahaja.
  6. Bila da siap dibakar, sapu butter sahaja untuk nampak lagi berkilat. Dah siap!
Baca juga :  Mee goreng Sotong ni memang padu beb. Kalau tak percaya cubalah. Tengok gambar pun dah tau sedapnya!

Kalau nak guna tepung gandum biasa pun boleh tapi perlu tambah 4 sudu kecil baking powder. Dan kalau nak guna cooking cream pun boleh juga untuk gantikan susu segar atau whipping cream. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.