Tengok gambar pun dah tau pasti sedap. So apa tunggu lagi jom cuba resepe Mee Udang Banjir padu ini!

Alhamdulillah. Baru dapat bersiaran untuk kongsikan resepi Mee Udang Sungai Dua ni. Maaf belaka kerana harini baru dapat kongsikan dengan kalian. Resepi ini untuk hidangan 5-6 orang. Jom kita buat Mee Udang Sungai Dua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nina Natasha Azizan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8-10 ekor udang saiz L atau XL kemudian direbus dengan 1.5 liter / 6 cawan air dan sedikit garam untuk dapatkan air rebusan.
  • 15 ulas bawang putih dikisar.
  • 2-3 biji telur ayam.
  • 3 keping kobis cina dihiris.
  • 2 pokok sawi dihiris.
  • 3 sudu besar pes tomyam.
  • 5 sudu besar sos tomato.
  • 7 sudu besar puri tomato dicairkan sehingga menjadi 1 cawan.
  • Sedikit minyak untuk menumis.
  • 2 peket mee Numee.
  • Bahan-bahan hiasan seperti Bawang goreng, Daun sup dan daun bawang didihiris halus.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila sudah panas, masukkan bawang putih kisar.
  2. Tumis bawang putih kisar sehingga garing kekuningan. Masukkan puri tomato diikuti dengan sos tomato, pes tomyam kemudian masukkan air 2 cawan. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih seketika.Seterusnya, masukkan air rebusan udang. Masak sehingga kuah menggelegak.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk lain, kacau sehingga bercampur kuning dan putih telur. Kemudian tuang dalam kuah yang tengah menggelegak, biarkan telur masak sebelum kacau.
  4. Time ni dah boleh nampak efek telur yang sedang masak tadi. Perasakan secukup rasa masam, masin dan manis. Masukkan sayur dan kacau lagi. Biarkan sayur sehingga sedikit lembut dan tutup api.
  5. Celur mee dengan air panas, toskan dan masukkan ke dalam mangkuk. Letakkan udang. Curah dengan kuah yang kita sediakan tadi. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup. Sedia untuk dinikmati.
Baca juga :  Mee Goreng Basah! Sarapan paling berbaloi untuk anda cuba pagi ni.

Selamat mencuba gaiss!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.