Cara lengkap untuk membuat Sos Namplawan atau Sos Colek Buah Thai. Selamat mencuba!

Petang-petang gini rasa nak makan mangga, nenas colek-colek dengan SOS NAMPLAWAN (Colek buah Thai) Sedapnya lahai tapi makan sorang tak sedap kalau ada geng lagi laju makan. Berebut punya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 cawan sos ikan.
  • 1/2 cawan air.
  • 5 sudu besar gula kabung thai.
  • 4 keping nisan.
  • Sedikit belacan.

Bahan-bahan tambahan:

  • 5 ulas bawang merah hiris nipis.
  • 1 genggam udang geragau.
  • 2 sudu besar cili flakes.
  • 10 biji cili padi merah hijau di potong (saya tumbuk kasar-kasar).
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuah Colek paling padu dan mengasyikkan! Tengok gambar pun terliur.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan sos ikan dan air hingga mendidih. Masukkan gula kabung thai dan nissan.
  2. Kacau hingga gula kabung dan nissan cair dan masukkan belacan.
  3. Masak dengan api sederhana hingga sos betul-betul pekat. Tutup api.
  4. Masukkan bawang merah hiris, udang geragau, cili flakes dan cili padi yang dipotong.
  5. Kacau hingga sebati, tunggu sejuk boleh di makan dengan mangga dan nenas.

Kuah colek mesti ada rasa manis, masin dan sedikit pedas dan kuah akan likat bila betul-betul sejuk. Selamat mencuba.

Baca juga :  Menu ni kalau ada memang tak menolak punya. Jom cuba Daging Goreng Kunyit untuk makan malam ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.