Kudapan mudah anda sekeluarga. Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Kunyah-kunyah dah habis!

Kudapan mudah anda sekeluarga. Biskut Choc Chip Ala Famous Amos. Kunyah-kunyah dah habis! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iza Fenny. Selamat mencuba semua. Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!

1. Bahan A: Kacau Rata. Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja:

  • 250 gram marjerin (saya guna Farmcow).
  • 1 1/4 cawan brown sugar.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1 biji telur.

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 6 sudu besar minyak.
  • 2 cawan cip coklat & 1 cawan badam potong (dimasukkan akhir sekali).
Baca juga :  Resepi Laksa Kuah Lemak Terengganu

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat dan badam.

3. Sejukkan Adunan:

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar:

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven:

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing. SIAP!

Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Daging Masak Sambal yang pasti membuat selera anda sekeluarga puas hati!

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.
Bila dah masak, beginilah hasilnya nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.