Biskut ni memang sedap dan ramai penggemarnya. Jom cuba sendiri Biskut Sampan ini!

Saya pernah post pasal biskut sampan ni. Ramai yang tanya resepinya. Jadi kali ni saya sediakan resepi untuk anda semua cuba. Saya halalkan untuk Sahabat-sahabat yang nak buat jualan ataupun makan sendiri. Alhamdulillah setakat nie feedback customer saya tak penah mengecewakan. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Iesya Sofea. Selamat mencuba.

Bahan untuk Base (bawah):

  • 250g butter sejuk.
  • 2oz susu tepung fernleaf fullcream.
  • 16oz biscuit mix.

Mixkan kesemua bahan diatas sehingga menjadi doh.

Bahan-bahan untuk Inti:

  • 3oz conflakes nestle.
  • 3oz almond nib.
  • 3oz mix fruit.
  • 3oz ceri hijau dan merah didadukan.
  • 1.1oz kelapa kering.
  • 5 sudu besar susu pekat F&N.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mixkan kesemua Bahan sampai sekata. Kemudian, rasa adunan tadi mengikut kemanisan yang kita nak.
  2. Ambil doh kemudian letak didalam acuan. Picitkat bahagian tengah untuk bagi jadi lekuk berbentuk sampan. Ratakan dengan pisau. Kemudian, letak inti banyak mana yang kita nak.
  3. Bakarkan pada suhu 170 darjah dengan api atas dan bawah. Offkan kipas oven ya.
Baca juga :  Resepi Kuih Semperit Klasik yang super gebu dan cair dalam mulut!

Kalau nak lebih crunchy bakar selama 10 hingga 20 minit api dan bawah saja. Nanti base bawah akan agak garing. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.