Jom tukar selera. Kali ni kita cuba resepi Bubur Nasi Berlauk. Pastinya memikat selera anda sekeluarga!

Jom tukar selera. Kali ni kita cuba resepi Bubur Nasi Berlauk. Pastinya memikat selera anda sekeluarga! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mak Su. Selamat mencuba gais!

Bahan-bahan untuk buat bubur:

  • 2 cawan beras dikisar halus.
  • 6 cawan air.

Cara-cara penyediaan bubur:

  • Masak bubur di atas dapur dan apabila bubur semakin pekat boleh ditambah air sedikit.

Bahan untuk Kangkung Goreng Belacan:

  • Bawang putih.
  • Sambal belacan.
  • Kangkung..
  • Bawang holland.
  • Cabai besar merah.

Cara-cara penyediaan:

  • Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih sehingga garing. Masukan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.
  • Goreng dengan api yang besar kemudian masukan bahan perisa. Masukkan cabai besar yang dihiris kemudian masukan bawang holland. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Musim petai kembali lagi, Jom kita buat sendiri Petai Jeruk sebagai menu pembuka selera anda!

Bahan-bahan aksesori untuk hidangan:

  • Kacang tanah digoreng, Ikan bilis digoreng, Telur masin direbus, Bawang goreng, Limau, Daun bawang dan Kangkung goreng belacan.

Boleh juga dihidangkan bersama isi dada ayam dan sambal kicap. Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.