Jom kita cuba Resepi Dimsum Kukus berinti Ayam. Enak sehingga ke gigitan terakhir!

Percubaan pertama tau saya buat ni. Memang teringin sangat nak cuba buat. Dah lama simpan resepi dari Adam Corrie. Pertama kali mengelim dimsum ni kalau tak comel harap dimaafkan la rupanya tu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norfazida Gda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk buat kulit dimsum:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung ubi.
  • 1/2 cawan ditambah 1 sudu besar air panas mendidih.
  • 1/4 sudu kecil garam.
  • 1/2 sudu besar minyak masak.

Cara-cara untuk membuat kulit dimsum:

  1. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, garam dan minyak masak. Gaul sebati. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan. kemudian, Rehatkan doh selama 20 minit.
  2. Taburkan tepung pada papan pencanai. Canai doh senipis yang boleh. Tekapkan acuan atau penutup balang berbentuk bulat ke atas doh hingga mendapat doh bentuk bulat. Atau boleh bulat-bulatkan doh dah canai satu persatu bentuk bulat.
  3. Ambil satu doh yang telah dicanai. Letakkan sedikit inti dan kelim dengan kemas mengikut bentuk yang dikehendaki. Buat hingga selesai semua doh.
  4. Kukus doh dimsum selama 10 hingga 15 minit. Siap!
Baca juga :  Hujung minggu ni boleh cuba Nasi Planta bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun. Ajak Anak dan Suami bantu bersama!

Bahan-bahan untuk inti:

  • 300gm daging ayam kisar.
  • Daun bawang dihiris halus.
  • Sayuran pilihan. Saya guna cendawan.
  • Sedikit serbuk lada hitam dan Sedikit garam.
  • 1/4 cawan tepung jagung.

Cara-cara untuk membuat inti dimsum:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  2. Dah siap dan sedia untuk digunakan sebagai inti dimsum.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.