Hanya bermodalkan RM5, Anda pasti puas hati dengan Resepi Kacang Kuda Pedas berlemak ini. Kunyah-kunyah licin!

Siapa yang suka makan? Kalau beli kat pasar pagi atau dimana-mana, sikit je dapat makan. Buat sendiri lagi senang dan puas hati. Modal tak sampai lima ringgit je. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Atiqah Zaki ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kacang kuda secukupnya.
  • 2 biji Bawang merah dihiris halus.
  • 3 Ulas Bawang putih dihiris halus.
  • 3 tangkai Cili kering atau lebih bagi yang suka pedas.
  • Daun kari secukupnya.
  • Bancuhan serbuk kari 1 sudu bersama sedikit air. Jangan pekat nanti pahit.
  • Air dan Garam secukupnya.
Baca juga :  Dah cuba sambal belacan yang ni? Ini rahsianya bagaimana nak jadikan Sambal Belacan kita Padu dan tahan lama.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rendamkan kacang kuda semalaman dan rebus sehingga lembut kemudian toskan airnya.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga bertukar warna kekuningan. Kemudian, masukkan cili kering dan daun kari.
  3. Kacau-kacau bagi sebati kemudian masukkan pula bancuhan serbuk kari. Gaul lagi dan masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang.
  4. Tunggu sehingga ia menggelegak baru masukkan garam. Rasa sikit supaya semua rasa yang ada seimbang.
  5. Akhir sekali baru masukkan kacang dan gaul sebati. Masak lagi sehingga semua kacang kuda tali disalur baru tutup api, sejukkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kulit Cempedak Goreng atau Mandai. Makanan kegemaran Masyarakat Banjar.

Sedikit Tips. Kacang Kuda rebus ni lebih sedap kalau dah masuk peti ais kemudian baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap. Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.