Cara membuat Murtabak Ayam atau Daging


Lagi beberapa hari kita akan melangkah masuk ke Bulan Ramadhan dan semestinya hidangan murtabak ini tidak dapat lari lagi sebagai menu wajib ketika berbuka. Kami kongsikan resepi untuk membuat murtabak dan sebagai persediaan untuk membuatnya di bulan Ramadhan nanti. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kulit popia.
  • isi ayam / daging di cincang.
  • 3 biji kentang di potong dadu.
  • 3 sudu makan rempah kari.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 2 biji bawang besar di potong dadu.
  • Daun sup.
  • Garam.
  • Gula.

Cara untuk memasak inti murtabak anda.

  1. Tumis bawang yang dipotong dadu tadi.
  2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti murtabak menjadi lembik.
  4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.
Baca juga :  Cara untuk membuat Gulai Ayam yang mudah dan sedap

Untuk proses membalut murtabak pula.

  1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
  2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
  3. Balut dgn kulit popia dan sedia untuk di”murtabakkan” diatas dapur.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Yanie Mansor melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.