Cara untuk membuat Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Menu pasti tambah nasi ni tau!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa. Menu pasti tambah nasi ni tau! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5-7 keping ikan tenggiri batang.
  • Asam jawa 2 sudu besar dan di bancuh dengan 2 cawan air.
  • Bawang besar 1 biji dipotong bulat.
  • Bawang putih 3 ulas dihiris.
  • Halia 2cm dihiris.
  • Serai 1 batang dikatok.
  • Cili padi merah 7 batang.
  • Cili hijau 1 batang dibelah 6.
  • Gula 1½ sudu besar.
  • Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Cencaru Sumbat Tomyam yang sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bersihkan ikan dan gorengkan ikan yang telah digaul bersama kunyit dan sedikit garam.
  2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  3. Masukkan serai, cili padi dan cili hijau. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasanya.
  4. Masukkan ikan yang telah digoreng dan masak sehingga mendidih. Bila dah puas hati semuanya cukup rasa boleh la tutup.

Boleh dihidangkan bersama nasi panas. Sedapnyaa! Cuba bayang Kan lauk nih makan dengan nasi panas-panas. Agak-agak menambah tak? Dimakan pula bersama sambal belacan. Perghhh. Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi untuk membuat Kurma Ayam yang Sedap dan Pekat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.