Mulakan menu anda pagi ini dengan Nasi Goreng Ikan Masin. Memang terangkat habis kesedapannya!

Selamat pagi hampa, hari ni saya nak share resipi nasi goreng ikan masin. Saya buat pedas lebih dari biasa. Memang terangkat habis Nasi Goreng Ikan Masin ini. Jom kita start. Sebelum itu resepi nasi goreng ikan masin ini telah dikongsikan oleh Puan Umi Watie. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan nasi sejuk.
  • 1 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 6 biji cili Api.
  • 3 sudu besar ikan masin.
  • Kangkung secukupnya.

Nak nasi goreng yang mantul kena guna nasi sejuk tau. Saya gunakan ikan masin Malong dicuci bersih dan dipotong kecil.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula gorengkan ikan masin. Saya guna ikan masin Malong. Cuci bersih lepas tu potong kecil. Barulah ikan masin ni merata dalam nasi goreng kita nanti.
  2. Kisarkan bawang dan cili api. Cili api tu boleh kurangkan kalau tak suka pedas. Bila ikan masin tadi dah nampak garing masukkan bahan kisar. Tumiskan lagi.
  3. Bila semua bahan kisar dah pecah minyak dan garing bolehlah masukkan nasi sejuk. Kacau-kacaukan biar semua mesra.
  4. Masukkan kangkung atau sayur kegemaran. Kacau-kacaukan lagi biar rata. Bila kangkung dah mula layu bolehlah perasakan dengan garam. Sesuaikan rasa ya. Ikan masin tadi dah masin juga tau. Kacau-kacaukan lagi.
  5. Dah siap. Mudah sangat, makan pun sedap. Jom hidang dalam pinggan.
Baca juga :  Cara Buat Pekasam Daging ‘Homemade’, Hanya Guna Empat Bahan Sahaja

Saya gorengkan extra ikan masin tu bubuh atas nasi goreng ni. Memang padu. Terima kasih semua ya. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.