Resepi dan cara untuk membuat Talam Ubi Kanda. Lembut dan lazat untuk anda cuba.

Percubaan pertama membuat talam ubi kanda. Nak makan sikit je tapi bila dah buat banyak pula jadinya. Syukur juga sebab adik beradik pun dekat-dekat, jadi dapatlah berkongsi rezeki dengan mereka. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Faridzoh Abd Rahman. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Loyang 9 inci.
  • +- 1 kilo Ubi Kayu yang dah diparut dan diperah keluar airnya.
  • 3 cawan Santan Pekat.
  • 2 1/2 cawan Santan Cair.
  • Sedikit Esen Pandan.
  • 2 cawan Gula.
  • Sedikit Garam.
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaul sebati bahan-bahan diatas ni. Kalau tak cukup manis tambah gula sikit lagi mengikut selera anda. Kacau hingga adunan menjadi sebati.
  2. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian. Guna mangkuk je senang. Bahagikan sama banyak kemudian masukkan warna kesukaan anda atau seperti saya. Lapisan 1 warna hijau, Lapisan 2 warna kuning dan Lapisan 3 Warna Merah (perisa ros).
  3. Kemudian, panaskan pengukus dan sapu loyang dengan sedikit minyk. Lapik plastik untuk mudah angkat nanti.
  4. Tuang lapisan hijau dahulu. Kukus 15 minit kemudian, tuang lapisan kuning dan kukus 15 minit dan akhir sekali tuang lapisan merah dan kukus 30 minit.
  5. Bila dah masak angkat. Kalau tak cukup masak tambah lagi masa. Tunggu sejuk baru potong.
  6. Kukus kelapa parut putih. Gaul garam sikit dan boleh potong kuih dan gaulkan sebati.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Lagenda iaitu Kuih Talam Berlauk yang sangat sedap.

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.