Cara untuk menyediakan perapan untuk masakan Kambing Grill yang padu dan menyelerakan!

Cara untuk menyediakan perapan untuk masakan Kambing Grill yang padu dan menyelerakan! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shahmila Radha. Terima kasih.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • Daging Kambing 6 slice. Daging lembu pun boleh.
  • Lemon 1 Slice.
  • Soy Sauce 2 sudu besar.
  • Sos Tiram 1 sudu besar.
  • Sos Lada Hitam 2 sudu besar.
  • Bawang Putih 2 ulas ditumbuk halus.
  • Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil.
  • Cayene Pepper 1/2 sudu kecil.
  • Dried Oregano / Rosemary 1 sudu kecil. Kalau takde guna mix herb pun sedap.

Cara-cara membuat perapan:

  1. Campurkan kesemua bahan diatas dan sesuaikan rasa mengikut selera anda. Yang suka manis boleh tambah 1 sudu kecil brown sugar.
  2. Kemudian, Perapkan daging bersama adunan tadi selama lebih kurang 1 hingga 2 jam.
  3. Bila dah puas hati dengan masa perap boleh grill sehingga masak.  Bola dah siap, makan dengan sauce black pepper! Memang terbaik dan padu beb!
Baca juga :  Resepi Ayam Bakar yang menyelerakan

Senangkan! Resepi ni tauke kambing grill yang bagi! Jadi kita share bagi ramai boleh try. Semalam dah buat! Memang sedap! Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.