Cara untuk membuat Nasi Lemak menggunakan santan kotak. Rasa tetap padu beb dengan sambal yang memang enak!

Resipi nasi lemak pakai santan kotak, nie cara saya. Resipi disetiap gambar, harap manfaat untuk kita semua
Nie resipi dari arwah emak saya,kalau ada yang tanya kenapa tak letak daun pandan sebab ada serai.

Kalau takde serai boleh letak daun pandan. Ikut selera awak-awak saya ok je bila ada yang tanya, tak tahu boleh je bertanya kan. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Rozita Daud.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 mangkuk beras sukat guna bekas taufufa.
  • 1/2inci halia hiris nipis.
  • 4 ulas bawang putih hiris nipis.
  • 1/2 bawang besar hiris nipis.
  • 2 sudu halba dibasuh.
  • 2 batang serai titik.
  • 1 kotak kecil santan.
  • 2 sudu kecil garam.
Baca juga :  Resepi dan Cara memasak Sizzling Yee Mee dengan hanya menggunakan kuali sahaja. Mudah dan sedap.

Cara-cara membuatnya:

Basuh beras dah masukkan kesemua bahan diatas. Tuang santan dalam periuk nasi dan bilas kotak masuk air sedikit sampai air bawah no 8 (sukatan dalam periuk nasi macam dalam gambar) tu tengok tepi periuk. Kacau sehingga sebati. Kemudian tanak/masak nasi kita seperti biasa. Dah siap!

Kesedapan nasi lemak terletak pada sambalnya. Ini cara untuk membuat Sambal Nasi Lemak yang tersedap.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.