Cara untuk membuat Udang Goreng Tepung gebu dengan 4 Bahan je!

Jom kita cuba resepi dan cara untuk membuat Udang Goreng Tepung gebu dengan 4 Bahan je! Resepi ini telahpun dikongsikan oleh Puan Fatyma Idris. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang secukupnya.
  • Tepung Blue Key Self Raising (kotak warna pink).
  • Telur secukupnya.
  • Garam secukup rasa.
  • Air secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
  2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam).
  3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
  4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
  5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bebola Kentang berinti keju. Sangat mudah dan pasti menjadi kesukaan anda sekeluarga!

Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu. Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.