Anda suka udang? Nah ini resepi Udang Masak Kari Kandar yang paling marbelesss!

Selalu kalau p kedai nasik kandaq tak berani nak ambil lauk udang atau pun sotong. Takut nanti kena cekik…Kalau rasa teringin nak makan nasi kandaq lauk macam boleh try resepi ni. Insyallah jadi.

Terima kasih kepada Puan Haerme Abd Rahman. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang 400 gm.
  • Bawang merah 4 biji.
  • Bawang besar 1 biji.
  • Pes halia bawang putih 2 sudu makan.
  • Serbuk kari daging 1 sudu makan.
  • Serbuk cili 1 sudu makan.
  • Garam masala 1/2 sudu teh.
  • 4 sekawan.
  • Daun kari 2 tangkai.
  • Cili merah 1 biji.
  • Santan 1/4 cawan.
  • Daun ketumbar 2 tangkai.
Baca juga :  Cara membuat Sup Ikan Merah yang Simple tapi Sedap

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar bawang merah dengan sedikit air. Tumis dengan sedikit minyak bersama 4 sekawan dan daun kari.
  2. Setelah sedikit garing masukkan bawang besar yag telah dihiris nipis. Masak sehingga pecah minyak masukkan pes halia dan bawang putih.Masukkan serbuk cili, garam masala dan serbuk kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian, masukkan sebatang cili merah dan udang. Masukkan sedikit air dan kacau sampai udang masak.
  4. Akhir sekali bolehlah dimasukkan daun ketumbar untuk bagi umphhhh lagi masala udang kita ni.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Sardin anda lebih sedap daripada kebiasaan sehingga ke suapan yang terakhir!

Jangan lupa try no. Selamat menjamu selera semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.