Resepi Udang Buttermilk yang paling ringkas tapi sedap sehingga menjilat jari. Padu beb!

Resepi ni atas masing-masing ,nak letak cili api ataupun tak. Nak pedas boleh letak. Nak tukar letak ayam pun boleh. Tapi ayam tu korang kena goreng tepung dulu la sebelum tu. Senang je nak buat! Dah la senang, sedap plak tu!

Memang kegemaran anak-anak sangat! Jom tengok bahan-bahan dan cara buat! Simple je! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairuz Abu Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang galah atau apa je la udang ada yang saiznya besar atau sederhana.
  • Buttercup. Lagi banyak lagi sedap.
  • Susu cair dalam setengah tin. Nak berkuah boleh letak lebih.
  • Bawang putih 7 ulas dan dikisar halus.
  • Cili api kalau suka. Tumbuk atau kisar halus bersama bawang putih.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Baby Kailan masak bawang putih bersama udang. Sedap sangat!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Goreng dulu udang dengan mentega sehingga menjadi agak garing. Asingkan.
  2. Guna bekas goreng udang tadi, tumiskan bawang putih dan cili api yang dikisar tadi. Bila dah agak garing, masukkan susu dan garam.
  3. Kacau sebati dan seimbangkan rasanya kemudian baru masukkan udang. Masak dan gaul sehingga kuah menjadi pekat. Dah siap!

Selamat mencuba! Jemputlah SHARE ya sahabat-sahabat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.