Cara mudah untuk membuat Ikan Siakap masak Stim Asam Boi. Kuah dia pun licin sebab sedap sangat!


Jadi la menu SIAKAP STIM ASAM BOI untuk hari ni. Kuahnya sedikit gelap sebab saya guna asam boi kering sepatutnya asam boi jeruk yang dalam botol. Takpa kan kita yag buat dia yang pasti memang sedap dan rugi kalau anda semua tak cuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rosmaliza Omar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar.
  • 4 ulas bawang putih ~ ketuk dan cincang.
  • 2 batang serai ~ hiris nipis.
  • 1 inci halia ~ hiris memanjang halus.
  • 5 biji asam boi putih @ jeruk dlm botol.
  • 5-7 cendawan butang dalam tin dibelah 2.
  • Daun ketumbar – dihiris kasar.
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 biji limau nipis ambil jusnya.
  • 5-6 biji cili padi ~ dihiris.
  • 1 sudu besar gula.
  • Sedikit garam dan serbuk perasa.
Baca juga :  Cara membuat Ikan Siakap Stim Ala Thai

Cara-cara penyediakannya:

  1. Basuh ikan dengan limau nipis kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan tahan panas @ loyang yang sesuai.
  2. Sumbat perut ikan dengan laun limau purut dalam 3 helai. Koyak-koyak kan terlebih dahulu ya.
  3. Satukan dalam mangkuk kecil bahan hiris, sos ikan, sos tiram, jus asam limau nipis, asam boi, gula, serbuk perasa, garam dan sedikit air.
  4. Gaulkan rata. Kemudian curahkan ke atas ikan. Aturkan cendawan butang dan daun ketumbar atas ikan.
  5. Kukus ikan selama 15 minit atau hingga masak.
  6. Angkat dan tabur daun ketumbar lagi sekali. Hidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Bilis goreng masak tumis taucu. Menu sangat berguna untuk sahur nanti.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.