Cara membuat Sambal Telur Rebus Goreng

Resepi Sambal Telur Rebus Goreng. Pagi kan memang sedap kalau makan nasi bersambal macam ni. Hadap sensorang pun jadi. Cheyah suka sangat sambal telur rebus gini. Resepi pun simple je.

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur rebus.
  • 2 biji bawang merah.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 5-6 tangkai cili kering (direbus bagi lembut).
  • Sedikit belacan dan halia.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Sedikit air.

Bahan Hiasan:

  • Hirisan bawang besar dan cili.

Cara penyediaannya:

  1. Hanya perlu blenderkan bawang, belacan, cili kering dan tumis sehingga naik minyak.
  2. Kemudian, boleh tambahkan bahan perasa, letak air. Baru campak telur dan bahan hiasan.
Baca juga :  Resepi Bengkang Ubi Kayu yang menarik dan memikat selera kita semua.

Tips cheyah: Telur tu goreng dulu baru lagi sedap dan tahan lama. Selamat mencuba!

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.