Resepi Tapai Pulut yang terbaik untuk anda cuba. Guna bekas kecil je dan Pasti jadi!

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Tapai Pulut yang terbaik untuk anda cuba. Pasti jadi! Tapai dah manis yang saya buat tempoh hari. Jemput makan ya. Jom saya ajar buat tapai cara saya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahayah Bahasar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg pulut susu direndam semalaman.
  • 1 biji ragi.
  • Daun pisang atau bekas secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh beras pulut yang telah direndam dan tanak seperti kita masak nasi. Air disukat mengikut paras pulut. Setelah masak sejukkan atas talam.
  2. Hancurkan sebiji ragi dan tapis. Taburkan ragi diatas pulut yang betul-betul dah sejuk. Gaul pulut dengan ragi sehingga rata.
  3. Bungkus dalam daun pisang atau bekas yang sesuai. Setelah siap letakkan ditempat yang tertutup. Saya letak dalam kabinet dapur je. Biarkan lebih kurang 24 jam hingga 30jam.
  4. Setelah diperam dan rasa manis bolehlah diletakkan dalam peti sejuk. Lagi lama dalam peti sejuk lagi manis dan sedap.Tapai boleh tahan 2 hingga 3 minggu. Pulut tu kalau nak kukus pun boleh ye tak ada masalah.
Baca juga :  Cara buat Pati Lemon Madu. Cuma tambahkan air sahaja bila nak minum! Boleh rendahkan kolestrol anda kelak.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.