Cara untuk membuat Kuih Talam Keladi. Kesedapan terasa dalam setiap gigitan.

Alhamdulillah, hilang dah teringin nak makan “TALAM KELADI”. Dulu masa selalu dok buat juai langsung tak teringin. Sapa dah pernah cuba buat? Saya tepek semula resipi yang dulu-dulu biasa saya dok share. Saya guna loyang petak 10* inci ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Terima kasih.

Bahan untuk Bahagian bawah (A):

  • 230 gram tepung beras(resipi dulu 220g sy tambah sikit kali ni).
  • 40 gram tepung ubi.
  • 2 sudu teh garam.
  • 1 1/2 sudu besar gula.
  • 900ml santan sederhana pekat ( sy kisar 1/2 biji kelapa parut dan amik santannya).

Bahan B:

  • 300 gram ubi keladi (buang kulit, dadukan dan timbang. Basuh bersih dan kukus 10 minit).

Cara-caranya:

  1. Masak air kukusan hingga air mendidih. Jangan lupa sapu minyak dalam loyang dan lapik plastik.
  2. Satukan bahan (A) dalam periuk kacau sebati hingga tepung larut dalam santan.
  3. Masak atas api guna api sederhana perlahan ye. Sentiasa kacau guna whisk.
  4. Kacau hingga naik wap dan apabila mula memekat terus tutup api.
  5. Masukkan ubi keladi (Bahan B dalam adunan dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 30 minit. Sambil-sambil tu siapkan bahagian atasnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Lagenda iaitu Kuih Talam Berlauk yang sangat sedap.

Bahan untuk Bahagian atas (C):

  • 140 gram tepung gandum.
  • 10 gram tepung jagung.
  • 150 gram gula pasir.
  • 2 biji telur gred A (kalau gred B guna 3 biji).
  • 600 ml santan sederhana pekat (Saya kisar 1/2 biji kelapa dan ambil santannya).
  • Sedikit pewarna ungu.
  • 1/2 sudu teh garam.

Cara-cara membuatnya:

  1. Buang sikit-sikit air yang bertakung atas permukaan bahagian bawah guna sudu perlahan-lahan. Kemudian cakar-cakarkan sedikit permukaannya guna garfu.
  2. Satukan semua bahan atas (C) dan tapiskan ke dalam periuk.
  3. Masak atas api sederhana perlahan hingga naik wap dan sentiasa kacau. Bukan pekat macam yang bahagian bawah yer. Bahagian ini cair dan agak naik wap je, sentuh periuk dah rasa panas terus tutup api.
  4. Tuang adunan atas bahagian bawah tadi dan kukus balik selama 30 minit. Setiap 10 minit buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan tu.
  5. Bila dah cukup masa, buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit tanpa tudung kukusan.
  6. Dah siap. Biarkan betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik.
Baca juga :  Resepi Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api bersama Tempoyak

Silakan share dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.