Resepi dan cara untuk membuat Lala Masak Serai Cili Api Thai. Memang terlajak sedap!

Selalunya lala ni miza masak lemak cili api pedas pedas tu. Tapi sebab suka sangat maka lala maka jadi la lala resepi lain pulak. Rasanya ala-ala thai gitu. Pemikat hati tersayang auchh. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hamizah Hassanudin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg lala dibasuh bersih.
  • 6 sudu besar cili giling.
  • 8 batang cili api merah dan hijau) ditumbuk kasar.
  • 4 biji bawang merah dicincang halus.
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar sos ikan.
  • 5 sudu besar sos cili thai.
  • 3 batang serai dihiris halus.
  • 2 batang daun ketumbar untuk hiasan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pertama sekali panaskan minyak untuk menumis. Lepas tu masukkan bawang putih dan bawang merah yang di cincang halus tu. Tumis sampai naik baunya dan wangi.
  2. Masukkan serai yang telah dihiris nipis ke dalam bahan tumisan tadi. Tumis lagi bagi naik bau serai tu.
  3. Cili yang telah ditumbuk kasar-kasar tadi masukkan kedalam kuali tumisan tadi. Berapa banyak cili nak pakai sebenarnya ikut pada pedas mana yang anda nak. Nak pedas lebih kan.
  4. Dah semua garing baru masuk kan cili giling. Ni pun sama ikut la nak pedas tahap mana. Ikut suka yek. Nak pedas lebihkan. Taknak pedas kurang kan. Masak cili tu sampai pecah minyak tau baru la cili tu masak sempurna.
  5. Bila dah pecah minyak masukkan segala jenis sos dalam tu. Sos ape nak masuk nanti refer bahan balik okey dan sebatikan semuanya dalam kuali tu. Masak seketika.
  6. Masukkan nampla sos atau sos ikan. Tak ada sos ikan, sos sotong pun boleh. Letak pulak sos tiram  sedikit.
  7. Bila dah sebati semuanya dan bahan semua tu pun dah gelegak baru letakkan lala tu. Tak payah letak air kalau nak kuahnye pekat likat. Gaul bagi rata. Perasakan kuahnya. Tak yah buh garam sangat takut termasin. Kan tadi dah letak nampla sos ngn sos tiram. Sebelum letak rasa dulu tau.
  8. Masak lagi sekejap dan dah boleh tutup api. Okey siap.
Baca juga :  Petua Untuk Membuang Angin Dalam Badan

Makan nasi panas-panas tak yah lauk lain dah. Asyik geng! Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.