Cara untuk membuat Kek Marble Pisang. Gebu dan lembut, cair dalam mulut anda pada suapan pertama!

Cara untuk membuat Kek Marble Pisang. Gebu dan lembut, cair dalam mulut anda pada suapan pertama!Haaaa. Ni kami nak ajar cara buat marble pisang yang gerenti lembut. Teksturnya tu, masuk dalam mulut, terus cair dalam mulut. Gebu sangat. Terima kasih kepada Puan Khairunnisa Mohammad yang berkongsi resepi padu ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • *150g tepung naik sendiri.
  • *120g gula.
  • *4 biji telur gred A.
  • *1 sudu kecil esen vanila.
  • *1 sudu makan ovalet.
  • *30ml susu segar.
  • 100g butter/marjerin (dicairkan).
  • 4 biji pisang yang sesuai (lenyekkan).
Baca juga :  Cara membuat Ayam Golek. Resepi yang sedap dan lengkap.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bahan-bahan yang bertanda * dipukul (mixer) sampai gebu dan pekat.
  2. Masukkan butter/marjerin cair dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan pisang yang dah dilenyek, kacau rata. Kemudian masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah selama 1 jam.  Saya guna loyang 7 inci.
  4. Bila dah siap bakar. Boleh potong dan siap untuk dihidangkan.

Mak kami suka letak milo sikit. Dalam 2/3 sudu besar. Tu nak tambah sedap kata dia. Siapa ada horlicks tu pun boleh letak juga. Lagi cemerlang. Saya tadi takde milo, jadi saya letak serbuk koko sikit dalam 1 sudu besar gitu. Sekadar nak dapat hint-hint aroma chocolate tu. Selamat menjamu selera.

Baca juga :  Macamni rupanya nak buat Megi Kari Anda lebih sedap dari biasa!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.