Cara untuk membuat Murtabak Maggi yang sangat mudah untuk disedikan.

Cara untuk membuat Murtabak Maggi yang sangat mudah untuk disedikan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed melalui MAHN. Kata beliau:

Time mumy nak layan movielah ye anak request macam-macam. Masuk dapur tengok apa yang ada. So hasilan ni yang terjadi untuk anak tersayang.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Maggi Kari 1 bungkus.
  • Telur 3 biji.
  • Bawang Merah 3 biji.
  • Sosej dan direbus sekejap.
  • Garam.
  • Ajinomoto.
  • Daun bawang.
  • Serbuk Cukup rasa maggi.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kita masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur kedalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati.
  2. Rebuskan maggi sampai lembut tapi jangan sampai kembang ya.
  3. Masukkan maggi kedalam bahan-bahan tadi dan kacau sampai sebati kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Panaskan minyak kemudian masukkan maggi kedalam kuali dan masakkan sehingga masak. Kemudian kita terbalik kan maggi ke bahagian sebelah lagi. Masak lagi sehingga masak.
  5. Akhir sekali, kita angkat murtabak maggi tadi dan kita hiaskan dengan mayonis bersama cili sos.
Baca juga :  Cara untuk membuat Aiskrim Malaysia perasa Oreo yang lembut, gebu dan enak! Anak-anak pasti berebut.

Dah siap untuk dimakan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.