Cara untuk membuat Air Milo Kaw sesedap Lori Milo. Kesedapan air milo yang lain dari yang biasa!

Kak Nani selalu terbaca luahan sahabat-sahabat di FB pasal air milo yang order di kedai makan. Tak rasa milo la, rasa macam koko murah la, rasa susu je lebih dan macam-macam lagi. Sahabat setuju tak Milo paling best yang dapat free dekat Lori Milo kan? Zaman sekolah dulu memang dialu-alukan sangat lori milo datang ke sekolah.

Hari ni Kak Nani nak share cara Kak Nani bancuh Milo di rumah. Almost nak sama rasa dengan Milo Lori. Kaw, lemak manis dan ada sedikit rasa pahit koko. Just the way we like it. Resepi ni juga Kak Nani guna masa jual air balang di bazar Ramadhan dulu. Namanya Milo Supreme.

Baca juga :  Resepi Kek Kukus Milo 3 Bahan

Bahan untuk bancuhan 5-6 gelas:

  • 2 senduk milo.
  • 1 senduk serbuk koko.
  • 2 cawan air panas mendidih (500ml).
  • 2 cawan air masak suhu bilik (500ml)*.
  • 3 senduk susu pekat manis.
  • Ais secukupnya untuk 6 gelas*.

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan bertanda * ke dalam jag. Kacau sehingga semua bahan larut.
  2. Campurkan air masak suhu bilik. Kacau rata.
  3. Masukkan ais ke dalam gelas. Tuangkan air milo. Sedia dihidang.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nanie Sulong. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.