Cara untuk membuat Sambal Kering Tempe yang sedap. Kudapan yang sukar untuk ditolak!

Kudapan untuk anak bawak balik asrama. Haritu ada orang nak resipi ni. Silakan Resipinya. Resipi Sambal Kering ini telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Saya buat dalam kuantiti agak banyak. Boleh kecilkan bahan yer mengikut saiz hidangan yang dikehendaki. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan ikan bilis dikopek dan digoreng garing. Toskan dan biarkan sejuk seketika.
  • 2 cawan kacang tanah digoreng juga dan ditoskan. Biarkan sejuk seketika.
  • 3 paket tempe. Hiris jangan terlalu nipis. Digoreng garing, toskan dan biarkan sejuk.
  • 6-7 sudu besar gula.
  • Sedikit garam jika perlu.
  • 2 sudu besar air asam jawa.
  • Sedikit serbuk perasa.
  • 2 senduk minyak utk menumis.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Ikan Siakap masak Stim Asam Boi. Kuah dia pun licin sebab sedap sangat!

Bahan-bahan kisar:

  • 20 – 25 tangkai cili kering.
  • 1 biji bawang besar.
  • 3-4 ulas bawang putih.
  • 2 sudu besar minyak masak.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak guna api sederhana. Masukkan bahan kisar, gula, air asam jawa, sedikit garam dan tumis sampai betul-betul masak.
  2. Bila dah berbuih kecil baru tutup api. Biarkan sambal tu sejuk seketika.
  3. Bila dah suam atau sejuk baru masukkan tempe, ikan bilis dan kacang. Gaul rata sehingga bahan.
  4. Kemudian, masukkan dalam talam dan ratakan biarkan betul-betul sejuk baru masukkan dalam bekas.
  5. Kalau nak sambal yang tidak melekit, bakar seketika 10-15 minit dalam oven. Biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.
  6. Dah Siap. Silakan Share.
Baca juga :  Resepi Kuah Kacang mudah. Sangat sesuai untuk dimakan bersama mee rojak, nasi himpit dan sate.

Selamat menjamu selera ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.