Terung Goreng Crispy ni sekali dah cuba pasti nak buat selalu! Sedap tak terkata tau.

Ada peminat terung di sini tak? Kalau ada kita memang geng. Tak kisah la terung masak apa pasti laku keras. Kali ni anda mestu cuba Terung Goreng Crispy ni sekali dah cuba pasti nak buat selalu! Sedap tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zaharah Mazrul. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Terung.
  • Garam.
  • Tepung bestari.
  • Minyak untuk meggoreng.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potong terung seperti dalam gambar. Kemudian taburkan sedikit garam halus pada terung dan perapkan selama lebih kurang 10 minit.
  2. Bila dah siap perap dan lebihan air terung keluar, lapkan terung dengan tisu atau kain untuk bagi terung kering sedikit.
  3. Akhir sekali celup terung dalam tepung bestari kemudian gorengkan sehingga masak.
  4. Pastikan minyak dah cukup panas baru goreng ye untuk elakkan terung menyerap minyak dengan banyak. Dah siap angkat dan toskan.
Baca juga :  Cara membuat Terung Bakar Air Asam

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.