Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan. Menu ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Kacang buncis 10-15 batang.
- Bawang besar 1 labu.
- Ikan bilis ½ cawan dibersihkan.
- Serbuk perasa.
- Garam jika perlu.
- Gula.
- Serbuk kunyit sedikit.
Bahan-bahan kisar:
- 1 biji bawang besar.
- 3 ulas bawang besar.
- 10 batang cili kerinting.
- Sedikit belacan (jika mahu).
Cara-cara untuk memasak:
- Panaskan minyak masak dan tumis serai dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Perlahankan API supaya cilinya betul2 masak.
- Masukkan ikan bilis, Gaulkan sehingga ikan bilis masak.
- Masukkan serbuk perasa, serbuk kunyit dan kacang buncis. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan biarkan ianya masak seketika.
- Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.