Cara untuk membuat Sambal Terung Berlada Ikan Bilis Garing. Mudah dan Pantas disediakan.

Cara untuk membuat Sambal Terung Berlada Ikan Bilis Garing. Mudah dan Pantas disediakan. Resepu ni memang pembuka selera tengahari tau. Siapa belum ada menu nak masak tengahari ni, jom lah masak terung berlada ni.

Terima kasih kepada Puan Hana A Razak untuk resepi sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji terung panjang.
  • 3 sudu cili kisar.
  • 1 sudu bawang kisar.
  • Air asam jawa.
  • Kicap secukupnya.
  • Garam dan Gula perang secukupnya.
  • Ikan bilis secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula basuh terung ni kemudian potong / hiriskan mengikut saiz yang anda kehendaki. Lepas potong rendam dalam air untuk elakkan terung lebam dan berubah warna.
  2. Panaskan pan, letakkan minyak sikit. Kemudian bakar terung tadi sampai masak. Kalau nak gorengkan terung tu pun boleh ya. Balikan kedua belah sampai masak tau. Lepas tu gorengkan ikan bilis sampai garing. Minyak ikan bilis tadi, tumiskan terus bawang. Nak guna bawang hiris pun boleh.
  3. Bila bawang yang ditumis tadi dah naik bau, masukkan pula cili kisar mengikut ikut tahap kepedasan memasing ya. Tumis lagi sampai Cili pecah minyak kemudian baru masukkan air asam. Nak masuk terus lepas masukkan cili pun okey.
  4. Lepas tu masukkan kicap. saya suka warna sambal tu gelap sikit. Kemudian masukkan Gula perang sikit. Sikit je nak bagi rasa manis sambal kita tu. Kalau sambal tu macam kering tambah lah air. kalau memang nak kering, tak perlu tambah ya.
  5. Bila dah puas hati dengan sambal kita tadi boleh tutup api. Masukkan terung dan gaul bagi rata. Kalau korang style simbah je kuah atas terung pun okey. Ikut citarasa memasing.
  6. Akhir sekali taburlah ikan bilis yang digoreng. Nak gaul sekali dengan terung pun sedap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuah Mee Rebus yang tersedap dan mudah disediakan. Cubalah!

Selamat memasak dan mencuba semua.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.