Cara untuk membuat Ayam Goreng Masak Tomyam yang sangat padu. Rasa yang sangat mengujakan anda nanti. Cubalah!

Cara untuk membuat Ayam Goreng Tomyam yang sangat padu. Rasa yang sangat mengujakan anda nanti. Cubalah! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam 1 ekor dipotong dan dibersihkan.
  • 5 sudu besar cili kisar.
  • 1 @ 2 paket perencah tomyam.
  • 8 batang cili padi merah.
  • 8 batang cili padi hijau.
  • 1 batang serai dihiris serong.
  • 4 helai daun limau purut.
  • 1 biji tomato dibelah 6.
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat.
  • 5 ulas bawang putih dihiris.
  • 2 cm lengkuas dipotong.
  • Lobak merah (tambahan).
  • ½ cawan air.
  • 2 sudu besar SOS tiram.
  • 2 sudu besar SOS ikan.
  • Serbuk perasa (jika perlu).
  • Garam dan gula(jika perlu).
Baca juga :  Cara membuat Cheezy Potato Wedges bersama Sos Keju Ala-ala KFC

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit. garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
  2. Minyak yang sama keluarkan sedikit untuk menumis bahan-bahan tomyam pula.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, SOS tiram, SOS ikan dan tambahkan garam serta serbuk perasa JIKA PERLU. Gaul rata kesemuanya.
  6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan. Biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering.
  7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Baca juga :  Resepi Bihun Tomyam Pekat Piaw. Senang je nak buat. Jom la cuba!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.