Resepi Bujang – Telur Mata Sambal Hijau

Resepi Bujang – Telur Mata Sambal Hijau.┬áTetiba perut berkeroncong sebelum keluar pickup stok pekasam. Eh eh tak boleh jadi, perut kena isi dulu. Lagipun nasi dingin ada lagi.

Tetttt idea datang sekali. Nak goreng telur mata je la makan pedas-pedas. Itu tercetus nak masak gini. Meh cheyah kongsi resepi senang gila abad ini. Makan tu confirm ngencess sekali. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah).
  • 4 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 biji telur ayam.
  • Secubit garam.
  • Gula sedikit saja jika suka.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Badak Berendam. Antara kuih popular di Bazar Ramadhan.

Cara-cara penyediaannya:

  1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat tak beshhhh.
  2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing. Boleh masukkan gula dan garam bagi secukup rasa.
  3. Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa. Nak berkuah boleh tambah air tapi cheyah tak tambah. Hehe.

Selamat mencuba! Menu pantas begini time emeegency takde laun boleh la cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.